Wednesday, 31 March 2010

Blog aku, kamu & dia pun boleh buat duit....

Program affiliate bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita.

AGEN (link affiliate) > PEMBELI > LAMAN WEB = KOMISEN

Sedikit istilah yang perlu difahami:
Affiliate Marketer – Juga dipanggil sebagai affiliates atau agen.
Affiliate Manager – Pemilik program affiliate. Dikenali juga sebagai Merchant.

Link Affiliate    –  Link unik khas untuk setiap affiliate marketer.
Komisen          – Jumlah bayaran terhadap setiap jualan yang berjaya dihasilkan.
Sistem Affiliate – Perisian Online yang akan mengesan/menjejak (track) setiap aktiviti yang tertentu seperti      klik, rekod jumlah komisen dan lain-lain lagi.

Contoh link affiliate adalah seperti berikut:
http://rm20segera.com?r=md.paku
Bahagian akhir yang saya warnakan dengan warna merah iaitu ref=smartzul adalah ID pengenalan diri kita agar Sistem Affiliate dapat mengenalpasti sebarang aktiviti yang berlaku melalui promosi seperti jumlah klik pada link dan juga jumlah jualan yang telah berjaya dilakukan.

Tanpa ID ini, maka sistem akan gagal untuk mengesan dan merekod sebarang data untuk anda. Jadi pastikan link affiliate yang anda gunakan adalah betul. Setiap link affiliate adalah unik di mana setiap orang mempunyai ID yang berbeza.